Jul 17, 2026
????✨ PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2026 : FASA PENYESUAIAN ✨????
Alhamdulillah, program transisi Tahun 1 bagi fasa penyesuaian telah berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan.
Sepanjang fasa ini, murid-murid Tahun 1 didedahkan dengan suasana sekolah, rutin harian, peraturan kelas, serta aktiviti pengenalan yang membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Kehadiran dan kerjasama semua murid amat dihargai, dan diharapkan pengalaman ini dapat membina keyakinan serta semangat mereka untuk belajar dengan lebih seronok.
Semoga program ini menjadi langkah awal yang baik dalam membentuk murid Tahun 1 yang ceria, yakin, berdisiplin, dan bersedia menimba ilmu dengan penuh semangat. ????????✨
Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi. ????
#ProgramTransisiTahun1
#FasaPenyesuaian
#MuridTahun1
#sederapmenujukejayaan