WhatsApp Us Now +6063155824

News

Home / News

????✨ PROGRAM MINGGU PERTAMA SERONOKNYA KE SEKOLAH! ✨????

HARI PERTAMA
12 JANUARI 2026
ISNIN

Alhamdulillah, program Minggu Pertama Seronoknya ke Sekolah! bagi hari pertama telah berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan.

Pada hari pertama ini, murid-murid Tahun 1 didedahkan dengan suasana sekolah, rutin harian, peraturan kelas serta aktiviti pengenalan yang membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Kehadiran dan kerjasama semua murid amat dihargai, dan diharapkan pengalaman ini dapat membina keyakinan serta semangat mereka untuk belajar dengan lebih seronok.

Semoga program ini menjadi langkah awal yang baik dalam membentuk murid Tahun 1 yang ceria, yakin, berdisiplin dan bersedia menimba ilmu dengan penuh semangat. ????????✨

Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan aktiviti ini dengan penuh dedikasi. ????

#SeronoknyaKeSekolah
#AktivitiHariPertama
#MingguPertama
#MuridTahun1
#sederapmenujukejayaan


Contact Us Now