Jul 15, 2026
????❤️ MEMORI TERCIPTA TAHUN 6 2025 ❤️????
19 DISEMBER 2025
JUMAAT
Alhamdulillah, majlis graduasi murid Tahun 6 Batch 13 telah berlangsung dengan penuh meriah, sebak dan bermakna. Majlis ini menjadi kenangan indah buat anak-anak Tahun 6 yang telah menamatkan sesi persekolahan rendah dan bakal melangkah ke alam persekolahan menengah.
Semoga semua murid Batch 13 terus cemerlang, berakhlak mulia dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Teruskan melakar memori indah dan menjadi kebanggaan keluarga, guru serta sekolah. Selamat maju jaya dan selamat melangkah ke alam persekolahan menengah. Terima kasih atas segala memori tercipta sepanjang Tahun 6 ini. ❤️????
#MemoriTerciptaTahun62025
#Batch13
#Tahun6
#Graduasi
#SelamatKeAlamPersekolahanMenengah