Jul 24, 2026
????♂️????♀️ KEJOHANAN MERENTAS DESA SR ARAB JAIM BATANG TIGA TIMUR 2026 ????
???? 3 Februari 2026 | Selasa
Alhamdulillah, Kejohanan Merentas Desa telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat, disiplin dan kesukanan.
Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh kesungguhan serta syabas kepada para pemenang yang berjaya mengharumkan nama rumah sukan masing-masing. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat juang, ketabahan dan kerjasama yang dipamerkan menjadi kejayaan sebenar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, ibu bapa serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga semangat kesukanan ini terus subur dalam melahirkan murid yang cergas, berdisiplin dan cemerlang.
#SRAJBTTMUMTAZ #SederapMenujuKejayaan